|
Markaz Lughah |
Monday, January 12, 2009 |
Pusat Pengajian Bahasa Markaz Lughah
1. Pengenalan Markaz Lughah atau Pusat Pengajian Bahasa adalah pusat pengajian dibawah kelolaan pentadbiran Universiti Damascus. Ia mempunyai pelbagai kelas-kelas bahasa seperti Bahasa Arab, Perancis, Jepun, Inggeris, Jerman, Turki dll. Guru-guru yang mengajar di pusat ini selalunya terdiri dari kalangan pelajar atau pensyarah keluaran dari Universiti Damascus sendiri. Lokasinya terletak berhampiran Fakulti Sastera (Adab), Universiti Damascus. Pengajian yang menjadi tumpuan pelajar Malaysia di sini hanyalah pengajian Bahasa Arab sahaja.
2. Sistem Pengajian Markaz (Pengajian Bahasa Arab)
1 Markaz ini menyediakan lima tahap pengajian mengikut level atau tahap pelajar. 2 Setiap satu tahap pengajian hanya selama dua bulan sahaja. 3 Peperiksaan diadakan pada minggu terakhir kursus. 4 Waktu pengajian (mengikut perubahan) bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari (bagi sessi pagi) dan 1.00 petang sehingga 4.30 petang (bagi sessi petang).Waktu belajar dipilih oleh pelajar sendiri. 5 Hari pengajian bermula dari hari Sabtu sehingga hari Rabu. Hari Khamis dan Jumaat cuti. 6 Pelajar perlu ditemuduga (muqabalah) bagi menentukan tahap masing-masing.
2.1 Tahap Pengajian
- Terdapat 5 tahap pengajian yang sediakan oleh markaz ; i. Tahap pertama : KELAS PERMULAAN terbahagi kepada dua: A. Permulaan A (Mubtadik) B. Permulaan B (Mutaqaddim) ii. Tahap kedua iii. Tahap ketiga iv. Tahap keempat v. Tahap kelima
Sijil Tamat kursus akan diberikan setiap kali tamat kursus.
2.2 Kitab - Kitab yang digunakan ialah kitab asas untuk belajar Bahasa Arab. Setiap dua tahap mengunakan kitab yang sama.
3. Syarat-syarat kemasukan dan Yuran.
3.1 Syarat-syarat kemasukkan adalah seperti berikut ; - Surat sokongan dalam bahasa arab (asli) dari kedutaan ataupun konsol ataupun persatuan pelajar. - 1keping salinan terjemahan pasport yang bercop. - 5 Gambar berukuran pasport. - Surat pengesahan bebas dari AIDS yang diambil di Pusat Ujian Darah di Syria - Pelajar dikehendaki mengisi borang kuning yang disediakan oleh Institut.
3.2 Yuran - Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut (mengikut perubahan); 1 Setiap kursus selama 2 bulan USD 120 2 Ujian kemasukan 300L.S.
Berikut disenaraikan syarat kemasukan dan sistem pembelajaran.
Syarat-syarat kemasukan:
1. Lulus ujian kemasukan (muqabalah). 2. Surat sokongan dari pihak duta, konsol atau persatuan pelajar. 3. Terjemahan pasport di dalam bahsa arab. 4. Surat ujian darah (AIDS) 5. Borang kuning |
posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 9:20 AM
|
|
1 Comments: |
-
salam...
jika saya bukan pelajar di syria, tetapi ingin menyertai markaz lughah ini boleh ke? bagaimana caranya?
|
|
<< Home |
|
|
|
|
PENGENALAN |
Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
Lokasi: Damascus, Syria
Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
See my complete profile
|
Terbitan |
|
Arkib |
|
BERITA |
|
Powered by |
-::NOURAN CREATIVE::- |
|
Daftar Pelawat |
|
Hit Counter
|
|
salam...
jika saya bukan pelajar di syria, tetapi ingin menyertai markaz lughah ini boleh ke? bagaimana caranya?