|
Maahad Lughah |
Monday, January 12, 2009 |
Institut Bahasa Arab Maahad Lughah Arabic Teaching Institute for Foreigners
1. Pengenalan
Institut ini ditubuhkan dan bernaung dibawah Kementerian Pelajaran Republik Arab Syria pada tahun 1973 yang terletak di Mizzah, Damascus. Tujuan penubuhan adalah untuk memperluaskan pengunaan bahasa arab disamping memperkenalkan budaya masyarakat Arab kepada dunia luar. Institut ini menerima pelajar mana-mana warganegara dari seluruh dunia.
2.Tenaga Pengajaran
Tenaga pengajar terdiri dari guru-guru lelaki atau perempuan yang berpengalaman khusus dalam mengajar pelajar asing. Guru-guru disini mengunakan seluruh teknik pengajaran bahasa seperti; 2 Perbualan 3 Menulis 4 Mendengar 5 Kefahaman 6 Bacaan Kesemua teknik ini diterapkan bukan hanya terskop di dalam bilik kelas, tetapi juga dipraktikkan melalui kegiatan-kegiatan luar kelas (ko-kurikulum) seperti; 7 Menonton video atau cinema sejarah 8 Rehlah 9 Melawat Tempat-tempat bersejarah 10 Dan lain-lain.
3. Sistem Pengajian Ma’ahad
Ma’ahad ini menyediakan dua kursus (Daurah) khas untuk pengajian Bahasa Arab.
3.1 Kursus (Daurah) Musim Sejuk. -Kursus ini bermula dari 1hb Oktober sehingga 15hb. May (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 2 minggu.
3.2 Kursus (Daurah) Musim Panas. -Kursus ini bermula dari 1hb jun sehingga 15hb September (mengikut perubahan) setiap tahun dan mempunyai cuti selama 1 minggu.
3.4 Waktu dan Hari Pengajian - Waktu pengajian bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. - Hari pengajian adalah bermula pada hari Isnin sehingga Khamis (Ahad dan Jumaat cuti) 3.5 Tahap Pengajian dan Peperiksaan - Terdapat 4 tahap pengajian yang sediakan oleh ma’ahad ; i. Tahap pertama : KELAS PERSEDIAAN : (mubtadik)-Asas ii. Tahap kedua : KELAS AWAL : (awal)-Perbualan iii. Tahap ketiga : KELAS PERTENGAHAN : (mutawasit)- Penulisan iv. Tahap keempat : KELAS AKHIR : (thani)-Karangan, ia terbahagi kepada dua iaitu; 1. Kelas Akhir Tinggi (A) 2. Kelas Akhir Bawah (B)
- Peperiksan bagi Kursus Musim Sejuk adalah dua kali dan bagi Kursus Musim Panas adalah sekali sahaja (mengikut perubahan). Sijil Tamat kursus akan diberikan dalam Majlis Sambutan setiap kali tamat kursus.
3.6 Kitab - Kitab yang digunakan adalah keluaran Kementerian Pelajaran Syria bagi setiap kelas. Setiap tahap mengunakan kitab yang berlainan.
4. Syarat-syarat kemasukan dan Yuran.
4.1 Syarat-syarat kemasukan adalah seperti berikut : - 5 keping gambar berwarna ukuran pasport - 2 keping salinan terjemahan pasport yang bercop. - 2 salinan sijil pengajian yang terbaru (jika ada) - Surat pengesahan bebas dari AIDS yang diambil di Pusat Ujian Darah di Syria - Mengisi borang yang disediakan oleh Institut.
4.2 Yuran - Yuran yang dikenakan adalah seperti berikut (mengikut perubahan pengajian); 1 Kursus Musim Sejuk USD 150 2 Kursus Musim Panas USD 230 |
posted by Keluarga Anak Kedah Syria @ 9:19 AM
|
|
|
|
PENGENALAN |
Nama: Keluarga Anak Kedah Syria
Lokasi: Damascus, Syria
Pengenalan: KKDS adalah sebuah persatuan kebajikan penuntut-penuntut Kedah yang sedang menimba ilmu di Bumi Syria. KKDS yang ditubuhkan pada 27 Mac 1996 bernaung dibawah naungan Ke Bawah DYMM Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. KKDS juga bernaung dibawah Persatuan Pelajar Malaysia Syria dan Jabatan Penuntut Malaysia Amman, Jordan.Berpegang pada konsep " Dari Ahli Kepada Ahli ", KKDS sesi ini merencana agar kebajikan ahli dijaga dari masa ke semasa selaras dengan tema Negeri Kedah " Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua ".Para pimpinan KKDS mengharapkan kerjasama dan memberi kerjasama dari semua ahli untuk kebaikan dan kelancaran pentadbiran KKDS.
See my complete profile
|
Terbitan |
|
Arkib |
|
BERITA |
|
Powered by |
-::NOURAN CREATIVE::- |
|
Daftar Pelawat |
|
Hit Counter
|
|
Post a Comment